Saturday, July 31, 2010

Status halal Kopitiam


Aku agak bersetuju dengan cadangan status halal kopitiam diperketatkan seperti yang dicadangkan di dada-dada akhbar baru-baru ni. Aku ni pun antara penggemar kopitiam, Mlm tadi baru pekena roti bakar ngan kopi kat kopitiam yang tak jauh dari rumah aku ni hah.



Benda halal haram ni tak boleh dibuat mainan sebab makanan yang kita makan ni akan jadi darah daging. Aku tak mau kena azab kat neraka nanti sebab makan benda haram. Setengah orang tu main bedal je sebab diorang bukan pikir sangat pun pasal haram haram ni macam le diorang hidup sampai bila-bila tak mati-mati.



Anak aku pun gemar datang kat kopitiam ni. Kehulu kehilir berlari dalam kedai tu. Aku Cuma tumpang tersengih je lah.


Faris sedang mengira-ngira kos kerugian...hahaha




Restoren, kopitiam, hotel dan tempat-tempat awam yang lain patut diletakkan status halal dan penguatkuasaan perlu berkerja keras bagi memastikan supaya pengusaha-pengusaha yang disebutkan tadi tak mempermain-mainkan atau memeperkecil-kecilkan status halal tadi. Apa yang kita tengok selalunya lambing halal sekadar tulis dengan jawi camtu je…..cam buat-buat le pulak kan.



Ok le…… apapun orang ramai juga perlu main peranan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada yang meragukan.

Makan makanan halal hidup berkat….ALLAH HU AKHBAR!

Friday, July 30, 2010

Minggu Yang Sesuai untuk Trade forex

kalau anda perhatikan seminggu dua ni aliran menaik bagi pair Euro/Usd dan GBP/usd. 2 minggu lepas market gila sikit sampai aku rugi agak banyak le..hehehe. nk buat cmne nakmain benda ni kena tanggung le risiko dia. harap-harap sahabat ku Mr. Big trade ngan jayanya minggu depan. sebab katanya nak masuk live market minggu depan. kita orang ni kalau bulan Ramadhan selalunya free almaklumlah kelas tak de. Tak de orang nak belajo bulan puasa ni tekak kering. Pengajar pun lebih kurang jugak kering sebab bercakap tak henti. Apapun kalau ada kelas belasah je, itu dugaan bula Ramadhan lagipun kerja yang mulia lagi halal kan kan kan...
sekadar hiasan

Sekadar Menulis

Teringin gak rasanya nak menulis dalam blog. Bukan nak jadi blogger sepenuh masa tapi sekadar mengisi masa yang terluang. yang aku tahu adalah pengetahuan dan ilmu perlu dikongsi bersama agar iadapat berkembang biak dan menyuburkan alam ini.