Thursday, August 2, 2012

Apa Pengertian Ramadhan Bagi Anda?

Hujung Minggu ari tu kami keluar sekeluarga bersiar-siar (makan angin tak sesuai bulan Ramadhan ni hehehe) sekitar KL. Ternampaklah satu kumpulan pekerja berkerja tengah panas terik matahari di bulan Ramadhan.

 Saya tertanya-tanya bagaimanalah agaknya puasa diorang hari ini sebab saya pernah tanya rakan-rakan yang berkerja seumpamanya dan rata-ratanya tidak berpuasa dengan alasan tak tahan panas terik dan buat perbandingan yang orang lain berkerja di dalam penyaman udara jadi mereka boleh tahan berpuasa.

 Tetapi sebenarnya kalau mereka berpuasa alangkah besarnya ganjaran. Bayangkanlah berpuasa sambil berkerja di bawah panas terik matahari semata-mata ingin mendapatkan rezeki halal untuk diri dan keluarga....beeesaarr pahalanya.
 Cuma dalam benak kepala kita, apalah agaknya erti Ramadhan....?
 Selamat Berpuasa....

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

Hari ini dah 4 Ramadhan. sekejap je rasanya, saya rasa cam baru je posa tahun lepas. bahkan dua tahun lepas pon rasa cam baru je......dunia dah berada dipenghujung le tu...
ok leh kepada kawan-kawan diUcapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Kalau senang cuba tengok-tengok web ni, cam best je. dan saya pasti ianya best... Cuba Klik Sini...

Saturday, February 25, 2012

Khas buat sahabat

Dalam masa yang terluang ni sempat gak buat video ni..maklumlah dh jadi hobi hahaha....tegok le dan kalau nak komen sila komen sy boleh buat pembaharuan atau menambah lagi skill yg ada. kalau nk share dialu-alukan
sehingga jumpa lagi...

Thursday, February 23, 2012

Tag Nama

Video ni terhasil ketika duduk saje-saje depan PC cari maklumat pasal frontpage 2007. Minggu depan agak busy jugak le sb banyak kelas yg bertindih jadualnya......tak tau lak nak bg kat sapa handle huhuhuh..... kena ha. dalam keadaan bosan cari maklumat, timbul idea ni...bagus gak boleh tambah skill sikit....

Wednesday, February 22, 2012

Mengedit video selepas kelas

Ujung minggu ari tu pergi kelas VIMT advance anjuran Aras Design. Intructor dia pn Diyana Tahir....Rasa gian nak buat video ni, tp tak tahu nak buat pasal apa...tiba-tiba je datang idea ni. lepas kelas excel yang sy conduct semalam terus je render dan pada sapa-sapa yang tgk tu video ni tak de kena mengena dgn yang hidup atau yang mati. saje je buat sebab tak nak skill hilang..(itu yg sifu saya cakap)

Apapun kritikan membina sangat saya perlukan.
Terima, Kawan-kawan sb menonton. sy akan terus membuat lagi untuk tambah skill..hehehehe

Friday, February 3, 2012

Apa perasaan anda duduk di rumah sewa yang 3 bulan tak bayar

Semalam aku ikut rakan aku mengutip sewa rumahnya. Katanya nak jumpa penyewa yang dah 3 bulan tak bayar dan tak nak angkat talipon, dia agak penyewa dah blah dari rumah tu.....alih-alih rupanya ada penghuni lagi dan bila panggil tak menyahut.

Aku heran la, ade juga manusia yang memang tak de perasaan yang nak tinggal di rumah orang secara percuma. member aku tu kata kalau dia ada masalah sekalipun talipon la bagitau, dia ni bukanlah jahat sangat nak halau orang. talipon punya talipon, dapatlah cakap ngan penyewa dan cam biasa mintak tempoh...

Alahai, apasal tak talipon bagitau. ni tidak tunggu oang cari. memang sah ni kes cam nak duduk free je...hehehehe.

Orang kita selalunya macam tu, tidak ukur baju dibadan sendiri. Tidak berpijak dibumi yang nyata....heheheh kalau kita tak mampu nak duduk rumah yang cantik, apa kata cari je lah rumah yang sederhana yang mampu kita bayar sewanya....aduhai manusia-manusia. Nak bermegah-megah dengan benda yang kita tak mampu.....kalau nak lebih kena usaha lebih, bukannya Lebong yang lebih hahahahahaha.....

Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah akhirnya lulus jugak

Pagi ni pergi ambik MOS excel 2010 exam. mula-mula nak ambik exam ni agak gabra jugak almaklumlah English yg digunapakai dalam exam ni agak mengelirukan jugak la..mula-mula buat prep fail, bertambahlah ketakutan aku hehehehe.

Alhamdulilahh, berkat kesabaranku dan pertolongan daripada ALLAH akhirnya lulus jugak exam ni..cuma sekarang ni tunggu sijil je lah...pada yang nak ambil exam ni jangan takut saya sedia memberi tip-tip yang berguna nanti Insha Allah...sharing is caring kan kan kan...hehehe

Friday, January 27, 2012

Filter Gallery Photoshop

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan perisian photoshop, ada satu arahan yang senang yang boleh digunakan untuk mendapatkan efek atau kesan menarik pada gambar iaitu filter gallery. Galeri ini menempatkan pelbagai kesan-kesan menarik yang boleh diguna pakai...cukup ringkas dan senang yang anda cuma perlu pilih sahaja...

rujuk video ini dan buatlah percubaan...semoga berjaya...

Thursday, January 26, 2012

Keputusan peperiksaan RAE siri 2011/2

Semalam member datang rumah, selepas berapa minit adalah seseorang tipon dia cakap result dah keluar. aku pon ape lagi bukak PC check result. Alhamdulillah keputusan aku pass, lepas ni bolehlah aku ade callsign radio aku sendiri. radio pun dh beli tapi tak leh nak nyampuk orang ca[at sebab tak de lesen. ambik exam RAE dgn SKMM ujung tahun lepas dan alhamdulillah dah lulus pon....cuma sekarang tgh berkira-kira nak guna callsign ape...

Wednesday, January 25, 2012

Belajar buat Mail Merge

kat sini ada step by step untuk buat mail merge. harap dapat lah manfaat kepada sesiapa yg memerlukannya..kalau ada masa dan kesempatan nanti sy akan cba siapkan video untuk belajar photoshop, excel dll...doakan supaya saya berjaya...

Thursday, January 19, 2012

Tahun 2012 Penuh Harapan

Dah lama rasanya tak menulis. Aku baru saje keluar dari wad ni. ari tu duduk kat Ampang Puteri dalam 5 hari gak le sebab denggi. berita pon ade cakap yg sekarang ni musim denggi sebab perubahan cuaca yang tidak menentu. aku rasa sebenarnya kita pon main peranan penting jugak untuk memastikan tempat pembiakan nyamuk tidak wujud di kawasan rumah kita.

Sari dua ni jugak agak menyakitkan hati bila tgk berita pasal bola sepak Mesia ni lebih-lebih lg pemain import kelantan. aku rasa dalam ramai2 pemain import. pemain import kelantan yang paling tak leh pakai hahahaha..yg lain ok. Pemain tempatan pulak aku tgk yg menonjol...caya caya...

dany Atwi

Tahun 2012 ni, adalah tahun yg penuh pengharapan. harap-harap aku boleh laksanakan projek aku yang tertangguh agak lama...nak tambah banyak lg Ilmu dan aku nak buat balik hobi aku yg jugak tertangguh...hahahaha buat grafik dan video...uyehhhh!!! jumpa lagi...