Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah akhirnya lulus jugak

Pagi ni pergi ambik MOS excel 2010 exam. mula-mula nak ambik exam ni agak gabra jugak almaklumlah English yg digunapakai dalam exam ni agak mengelirukan jugak la..mula-mula buat prep fail, bertambahlah ketakutan aku hehehehe.

Alhamdulilahh, berkat kesabaranku dan pertolongan daripada ALLAH akhirnya lulus jugak exam ni..cuma sekarang ni tunggu sijil je lah...pada yang nak ambil exam ni jangan takut saya sedia memberi tip-tip yang berguna nanti Insha Allah...sharing is caring kan kan kan...hehehe

Friday, January 27, 2012

Filter Gallery Photoshop

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan perisian photoshop, ada satu arahan yang senang yang boleh digunakan untuk mendapatkan efek atau kesan menarik pada gambar iaitu filter gallery. Galeri ini menempatkan pelbagai kesan-kesan menarik yang boleh diguna pakai...cukup ringkas dan senang yang anda cuma perlu pilih sahaja...

rujuk video ini dan buatlah percubaan...semoga berjaya...

Thursday, January 26, 2012

Keputusan peperiksaan RAE siri 2011/2

Semalam member datang rumah, selepas berapa minit adalah seseorang tipon dia cakap result dah keluar. aku pon ape lagi bukak PC check result. Alhamdulillah keputusan aku pass, lepas ni bolehlah aku ade callsign radio aku sendiri. radio pun dh beli tapi tak leh nak nyampuk orang ca[at sebab tak de lesen. ambik exam RAE dgn SKMM ujung tahun lepas dan alhamdulillah dah lulus pon....cuma sekarang tgh berkira-kira nak guna callsign ape...

Wednesday, January 25, 2012

Belajar buat Mail Merge

kat sini ada step by step untuk buat mail merge. harap dapat lah manfaat kepada sesiapa yg memerlukannya..kalau ada masa dan kesempatan nanti sy akan cba siapkan video untuk belajar photoshop, excel dll...doakan supaya saya berjaya...

Thursday, January 19, 2012

Tahun 2012 Penuh Harapan

Dah lama rasanya tak menulis. Aku baru saje keluar dari wad ni. ari tu duduk kat Ampang Puteri dalam 5 hari gak le sebab denggi. berita pon ade cakap yg sekarang ni musim denggi sebab perubahan cuaca yang tidak menentu. aku rasa sebenarnya kita pon main peranan penting jugak untuk memastikan tempat pembiakan nyamuk tidak wujud di kawasan rumah kita.

Sari dua ni jugak agak menyakitkan hati bila tgk berita pasal bola sepak Mesia ni lebih-lebih lg pemain import kelantan. aku rasa dalam ramai2 pemain import. pemain import kelantan yang paling tak leh pakai hahahaha..yg lain ok. Pemain tempatan pulak aku tgk yg menonjol...caya caya...

dany Atwi

Tahun 2012 ni, adalah tahun yg penuh pengharapan. harap-harap aku boleh laksanakan projek aku yang tertangguh agak lama...nak tambah banyak lg Ilmu dan aku nak buat balik hobi aku yg jugak tertangguh...hahahaha buat grafik dan video...uyehhhh!!! jumpa lagi...