Tuesday, July 16, 2013

5 Perkara Penting Dalam Rekabentuk Laman Web

Apabila seseorang melawat ke laman web anda, untuk mendapat perhatian tambahan supaya kesan optimum dapat diberikan. Lima perkara penting berikut harus diambil perhatian.

1) Jangan menggunakan laman percikan (Splash).

Laman Splash adalah halaman pertama yang anda lihat apabila berkunjung ke sesuatu laman web. Biasanya mempunyai imej yang sangat cantik dengan kata-kata seperti "dialu-alukan" atau "klik di sini" dan sebagainya. Jangan biarkan pengunjung anda mempunyai sebab untuk klik pada butang "back"! beri nilai tambah pada laman web anda tanpa ada halaman Splash.

2) Jangan menggunakan iklan (banner) yang berlebihan.

Kebiasannya pengunjung mempunyai minda untuk mengabaikan iklan, Kerana mereka mencari informasi yang berharga. Iklan yang berbentuk banner yang banyak hanya menyebabkan mereka berasa semak dan berserabut. Sediakan kandungan yang lebih berguna, berinformasi dan mempunyai "link affiliate" yang berkaitan kepada kandungan anda. Biarkan pengunjung anda merasakan bahawa mereka perlu serta ingin membeli.

3) Ada navigasi mudah dan jelas

Anda perlu menyediakan menu navigasi yang mudah dan sangat mudah supaya senang untuk menggunakannya. Menjauhkan diri dari menu Flash rumit  atau menu yang mempunyai banyak dropdown list. Jika pengunjung anda tidak tahu bagaimana untuk mengemudi, mereka akan meninggalkan laman web anda.

4) Mempunyai satu petunjuk yang jelas di mana pengunjung anda.

Apabila pelawat amat asyik melayari laman web anda, pastikan mereka tahu dimana mereka berada ketika itu. Dengan cara itu, mereka akan dapat untuk melayari maklumat dengan mudah tanpa perlu meninggalkan web anda. Jangan mengelirukan pelawat anda kerana kekeliruan bermaksud "meninggalkan kapal"!

5) Elakkan daripada menggunakan audio di laman anda

Audio yang banyak dalam web anda hanya mengganggu kosentrasi pengunjung untuk mendapatkan maklumat. Ingat, setiap kunjungan ke web anda akan bertukar pendapatan kepada anda sekiranya anda dapat memberi nilai tambah kepada pengunjung anda...

Monday, July 8, 2013

Bagaimana Membuat Berus Dalam Photoshop CS6

Sebenarnya anda boleh menjimatkan masa anda untuk menghasilkan sesuatu karya. Katakan anda menggunakan imej sama yang berulang, anda boleh menghasilkan berus dengan imej tersebut.
bagaimana? cara:

1. Buka gambar imej yang anda hendak jadikan berus dan buat pemilihan pada imej tersebut. katakan, anda menggunakan 'quick selection tool'...

2. Selepas membuat pemilihan imej anda pilih arahan edit>define brush seperti imej di bawah


3. Kemudian namakan berus sepertimana anda kehendaki


4. Seterusnya bila anda hendak menggunakannya anda buka windows berus atau tekan F5 (shortcut).

5. Pilihlah berus yang anda telah cipta tadi. pastikan anda memilih 'brush tool' dahulu.


6. Tukar warna yang anda kehendaki. dengan menukar warna 'foreground'.

7. Klik untuk mendapat hasilnya. klik 2, 3 kali untuk hasilkan warna yang lebih gelap.


selamat mencuba......salafaian@hotmail.com




Saturday, May 25, 2013

Perbezaan Antara "After Effect" dengan "Premiere"

Ramai yang bertanya saya perbezaan diantara dua perisian Adobe ini. Mungkin ada yang terkeliru sebab melihat kebolehan kedua perisian ini sekali imbas nampak macam sama.

Secara dasarnya Adobe After Effect ini merupakan satu perisian untuk mengadunkan media-media sama ada gambar, animasi, teks, video dan sebagainya menjadi satu efek yang agak menarik. Bahasa mudah yang biasa kita sebut "Wah! bagusnya efek cerita ini....."

Manakala Adobe Premiere pula adalah perisian untuk mengedit video seperti kat mana nak potong, nak sambung video, nak tambah transisi video dan sebagainya. bahasa mudah yang biasa kita pakai "Adegan ni sepatunya tak lepas ni.....kena potong".

Perumpama yang mudah. Ms Word tak sama dengan MS Excel....saya harap ada semua mungkin boleh faham dengan penerangan saya. kita jumpa minggu depan dalam kelas After Effect CS6..

After Effect

Adobe Premiere Pro

Sunday, May 19, 2013

Kembali selepasPRU13

Salam, Dah lama tidak menulis disebabkan PRU13. bukan apa saja nak kurangkan kontroversi yang mungkin timbul disebabkan oleh pembaca yang  salahmenafsir apa yang akan saya tulis. jadi rasa rehat le kejap hehehe.

Apapun selepas kursus di Melaka tempohari banyak lagi bunyi dan cerita-cerita pilihanraya. Bagi saya apapun situasinya kita harus berlapang dada dan menghormati pandangan masing-masing. Bagi peluang semua orang berbicara. Sebenarnya cara yang paling baik pada pendapat saya ialah memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu berbicara di TV secara langsung dan semua orang boleh bertanya secara langsung agar kita dapat menguraikan segala kekusutan yang timbul.

Saya rasa forum di TV adalah medium yang terbaik untuk menguraikan kekusutan tetapi saya pun tak faham mengapa susah sangat untuk berbuat demikian. Kita harus memberi peluang kepada pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh mengemukakan hujah masing-masing supaya kepala otak kita dapat berfikir secara rasional...

sekadar itulah sahaja catatan saya pada kali ini....sekian.

Tuesday, April 2, 2013

Pantun Orang Kebanyakan

Dalam keadaan yang relaks ni tetiba rasa cam nak berpantun. Pantun biasa yang mungkin bisa ada faham:

Usah membisu duhai anakku,
Ku asuh engkau perkataan seribu,
Usah keliru duhai kawanku,
Pewaris ilmu sedia menunggu.

Disapa kita masam,
Ditegur kita Marah,
Dipihak kita semua mengancam,
Dipihak lawan semua salah.

Dunia ini hanya pinjaman,
Sampai masa wajib pulangkan,
Menurut perintah engkau enggan,
Tak takutkah engkau pada hukuman.

Hidup ini sentiasa dicemburui,
Usahlah peduli usahlah kisah,
Rentak tari siapa kita turuti,
Kembalilah kita kepada SUNNAH.



Kitalah juara penegak agama,
semua salah semua silap,
Andai betul bagai dikata,
Kenapa tiang engkau ranap.


Usah bermusuh usah membenci,
Muhasabah diri itu yang perlu,
usah berkiblat pada duniawi,
Bersujud kita pada yang SATU.