Showing posts with label Jaga Kesopanan Dalam PRU 13. Show all posts
Showing posts with label Jaga Kesopanan Dalam PRU 13. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Kembali selepasPRU13

Salam, Dah lama tidak menulis disebabkan PRU13. bukan apa saja nak kurangkan kontroversi yang mungkin timbul disebabkan oleh pembaca yang  salahmenafsir apa yang akan saya tulis. jadi rasa rehat le kejap hehehe.

Apapun selepas kursus di Melaka tempohari banyak lagi bunyi dan cerita-cerita pilihanraya. Bagi saya apapun situasinya kita harus berlapang dada dan menghormati pandangan masing-masing. Bagi peluang semua orang berbicara. Sebenarnya cara yang paling baik pada pendapat saya ialah memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu berbicara di TV secara langsung dan semua orang boleh bertanya secara langsung agar kita dapat menguraikan segala kekusutan yang timbul.

Saya rasa forum di TV adalah medium yang terbaik untuk menguraikan kekusutan tetapi saya pun tak faham mengapa susah sangat untuk berbuat demikian. Kita harus memberi peluang kepada pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh mengemukakan hujah masing-masing supaya kepala otak kita dapat berfikir secara rasional...

sekadar itulah sahaja catatan saya pada kali ini....sekian.

Saturday, March 30, 2013

Jaga Kesopanan Dalam PRU 13


PRU kali ke 13 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Maka telah kedengaran suara-suara dari pelbagai pihak mencurah-curah muncul  di mana-mana sahaja. Semua secara tiba-tiba telah menjadi penganalisis politik secara tidak sengaja. 

Caci maki telah menjadi adat dalam politik Malaysia. Juga keluarlah “Jelmaan Ustaz” yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang sepatutnya tidak dikeluarkan oleh orang yang bukan daripada kalangan ahlinya.



Tidakkah kita terfikir yang sepatutnya, orang-orang yang terlibat dalam pertandingan dalam PRU ini lebih menonjolkan kekuatan diri dan pasukan daripada memburuk-burukkan pasukan yang satu lagi. 

Dari dulu lagi memang tradisi pihak yang bertanding di dalam PRU lebih suka kepada menceritakan keburukan pihak yang satu lagi. Maka terhasilah dalam diri perasaan membenci yang membuak-buak. Perasaan negetif ini sepatutnya tidak ditanam dalam diri rakyat Malaysia.



Bila perasaan membenci membesar dan hidup subur dalam diri, bagaimana mungkin kita boleh hidup dalam suasana yang harmoni kerana dalam diri penuh dengan perasaan benci, hasad dengki dan pelbagai perkara negetif lain yang akan muncul lain hasil dari benda negetif yang ditarik sama ke dalam diri.


Tidakkah Rasulullah s.a.w telah mengajar kita supaya hidup dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang? Sebagai seorang muslim yang sememangnya amat sayang kepada Rasulullah kita patut mencontohi Rasulullah .

kalau tidak mampu sepenuhnya setidak-tidaknya sebahagian darinya. Dengan keperibadian Rasulullah s.a.w yang amat tinggi lihat sajalah bagaimana islam telah berkembang ke serata dunia. Maka tak perlulah kita mencaci maki manusia lain atas satu perkara yang kita tidak tahu kesahihannya.




Tulisan ini hanyalah catatan peribadi penulis. Marilah kita memohon keampunan daripada Allah kerana kita sememangnya insan yang sangat lemah…sekian, terima kasih.