Saturday, March 30, 2013

Jaga Kesopanan Dalam PRU 13


PRU kali ke 13 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Maka telah kedengaran suara-suara dari pelbagai pihak mencurah-curah muncul  di mana-mana sahaja. Semua secara tiba-tiba telah menjadi penganalisis politik secara tidak sengaja. 

Caci maki telah menjadi adat dalam politik Malaysia. Juga keluarlah “Jelmaan Ustaz” yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang sepatutnya tidak dikeluarkan oleh orang yang bukan daripada kalangan ahlinya.



Tidakkah kita terfikir yang sepatutnya, orang-orang yang terlibat dalam pertandingan dalam PRU ini lebih menonjolkan kekuatan diri dan pasukan daripada memburuk-burukkan pasukan yang satu lagi. 

Dari dulu lagi memang tradisi pihak yang bertanding di dalam PRU lebih suka kepada menceritakan keburukan pihak yang satu lagi. Maka terhasilah dalam diri perasaan membenci yang membuak-buak. Perasaan negetif ini sepatutnya tidak ditanam dalam diri rakyat Malaysia.



Bila perasaan membenci membesar dan hidup subur dalam diri, bagaimana mungkin kita boleh hidup dalam suasana yang harmoni kerana dalam diri penuh dengan perasaan benci, hasad dengki dan pelbagai perkara negetif lain yang akan muncul lain hasil dari benda negetif yang ditarik sama ke dalam diri.


Tidakkah Rasulullah s.a.w telah mengajar kita supaya hidup dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang? Sebagai seorang muslim yang sememangnya amat sayang kepada Rasulullah kita patut mencontohi Rasulullah .

kalau tidak mampu sepenuhnya setidak-tidaknya sebahagian darinya. Dengan keperibadian Rasulullah s.a.w yang amat tinggi lihat sajalah bagaimana islam telah berkembang ke serata dunia. Maka tak perlulah kita mencaci maki manusia lain atas satu perkara yang kita tidak tahu kesahihannya.




Tulisan ini hanyalah catatan peribadi penulis. Marilah kita memohon keampunan daripada Allah kerana kita sememangnya insan yang sangat lemah…sekian, terima kasih.
comments

No comments:

Post a Comment