Ada yang begitu emosional bila berbicara dan tak kurang juga yang bercakap soal strategi perang seolah-olah merekalah Panglima Angkatan tentera sekarang.. Ada yang salahkan pihak polis dan ada juga yang berpendapat yang isu Lahad Datu adalah sandiwara poitik.
Saya tak nak ambil tahu itu semua, yang saya tau orang Malaysia begitu prihatin dengan isu keselamtan negara dan kejadiaan yang berlaku sekarang sebenarnya ada hikmahnya. Ialah bayangkan, orang yang kita tak pernah kita kenal sebelum ini boleh menyapa kita dan berbual mengenai Lahad Datu. Pemandu-pemandu Teksi begitu bersemangat bercerita dengan pelanggan mereka dan ada yang menyatakan keingininan untuk bersama-sama berjuang di Lahad Datu. Penjual di kaki lima begitu hebat berbicara seolah-olah kitalah penceroboh yang menceroboh Sabah....
Yang kadang-kadang menyakitkan hati. di pihak sebelah sana dengan angkuh berkata "kami tak akan menyerah" walhal, yang hampir dengan kematian adalah pengikutnya. beliau bersenang lenang ditempat lain. kemudian berbunyi balik " kami mahu gencatan senjata" dan sekarang "bertukar tahanan perang". Pada pendapat saya, bunyinya tu seperti orang yang tidak boleh berpegang pada janji ..Allahuallam....
Apapun alasannya, perkara pertama yang tak patut dibuat oleh seorang yang mengaku Muslim adalah menyerang saudara seagamaya....membunuh seperti menghalalkan pertupahan darah memang sangat tak patut dilakukan. Benarlah kata seorang penulis (saya lupa namanya) yang pemerintah tut..(tak sanggup nak sebut namapun hahahah) sentiasa melakukan kesilapan dan kesilap sejak dari dulu lagi..sebab tu lah pemerintah ini memerintah kerajaan yang bukan miliknya...Allahuallam...
Marilah bersama kita bersolat hajat berdoa agar keamanan terus menerus milik Malaysia dan pejuang-pejuang yang gugur syahid terus dikenang....semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita semua...sekian...Terima Kasih dari saya yang sekadar membuat catatan ringkas...
No comments:
Post a Comment