Saturday, February 16, 2013

HOTS-Highly Oder Thinking Skill

Pagi tadi saya telah menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak saya. Yang menarik perhatian saya apabila pengetua bercakap berkenaan dengan HOTS (Highly Order Thinking Skill). Kurikulum sekolah pada masa ini katanya hendak mewujudkan pemikiran yang kreatif dikalangan pelajar.















Apa yang menarik perhatian saya , sekarang sistem pendidikan kita lebih menekankan keputusan cemerlang dikalangan pelajar dan lebih menjurus kepada menghafal untuk menjawab peperiksaan, maka jadilah pelajar seperti burung kakak tua atau burung tiong yang sangat petah berkata-kata tanpa memahami apa yang diperkatakan.

Teringat saya ketika saya menjawat satu jawatan pengurus di sebuah syarikat swasta. Ketika mencari dan menemuduga calon untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan, saya perhatikan calon yang mempunyai keputusan yang bagus dalam peperiksaan agak sukar untuk menjawab soalan saya yang lebih kepada menyelesaikan sesuatu permasalahan. Bukan calon tersebut tidak bagus tetapi syarikat perlukan seseorang yang berfikiran kreatif dan boleh menghadapi sebarang masalah yang dihadapi.

Apa yang kita perlukan adalah seseorang yang mempunyai pemikiran kreatif dan saya kira dengan sistem pendidikan lama yang kita ada tidak begitu berkesan untuk melahirkan generasi sebegitu. Alhamdulillah, nampaknya ramai yang nak berubah dan sistem pendidikan kita berubah sikit demi sedikit.

Cuma diharapkan janganlah sekadar hangat-hangat taik ayam dan hanya berubah untuk keuntungan politik sahaja. Ibubapa berperanan penting dalam perkembangan otak anak-anak, jangan mengharapkan 100% dari pihak sekolah. Kita adalah acuan kepada anak kita, generasi kita...

Ini hanyalah pandangan peribadi dan sekadar catatan salafian salleh....terima kasih.
comments

No comments:

Post a Comment