Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di
Semenanjung
KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia
(USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah
genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal
menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.
Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan
dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr
Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian
Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung
Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.
Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan
Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar
(Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak),
Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan
dan Kedah Langkasuka.
###################
Sebagai seorang yang beragama islam kita percaya yang manusia pertama yang diturunkan ke dunia ini adalah Nabi Adam A.S. Dipercayai Jarak Tahun diantara nabi Adam dan kita sekitar 10,000-20,000 tahun. Jadi yang berumur lebih 60,000 tahun tu siapa? alien ke? sesungguhnya pengetahuan kita adalah sangat terbatas berbanding pengetahuan ALLAH..
p/s: Jangan lupa solat 5 waktu yang wajib. tambah lagi 1 pada waktu Dhuha, 1 pada Malam hari. jadilah ia 7 seperti mana Allah ciptakan 7 petala langit, 7 petala bumi, 7 lapis surga, 7 lapis Neraka.
No comments:
Post a Comment