Saturday, May 25, 2013

Perbezaan Antara "After Effect" dengan "Premiere"

Ramai yang bertanya saya perbezaan diantara dua perisian Adobe ini. Mungkin ada yang terkeliru sebab melihat kebolehan kedua perisian ini sekali imbas nampak macam sama.

Secara dasarnya Adobe After Effect ini merupakan satu perisian untuk mengadunkan media-media sama ada gambar, animasi, teks, video dan sebagainya menjadi satu efek yang agak menarik. Bahasa mudah yang biasa kita sebut "Wah! bagusnya efek cerita ini....."

Manakala Adobe Premiere pula adalah perisian untuk mengedit video seperti kat mana nak potong, nak sambung video, nak tambah transisi video dan sebagainya. bahasa mudah yang biasa kita pakai "Adegan ni sepatunya tak lepas ni.....kena potong".

Perumpama yang mudah. Ms Word tak sama dengan MS Excel....saya harap ada semua mungkin boleh faham dengan penerangan saya. kita jumpa minggu depan dalam kelas After Effect CS6..

After Effect

Adobe Premiere Pro

Sunday, May 19, 2013

Kembali selepasPRU13

Salam, Dah lama tidak menulis disebabkan PRU13. bukan apa saja nak kurangkan kontroversi yang mungkin timbul disebabkan oleh pembaca yang  salahmenafsir apa yang akan saya tulis. jadi rasa rehat le kejap hehehe.

Apapun selepas kursus di Melaka tempohari banyak lagi bunyi dan cerita-cerita pilihanraya. Bagi saya apapun situasinya kita harus berlapang dada dan menghormati pandangan masing-masing. Bagi peluang semua orang berbicara. Sebenarnya cara yang paling baik pada pendapat saya ialah memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu berbicara di TV secara langsung dan semua orang boleh bertanya secara langsung agar kita dapat menguraikan segala kekusutan yang timbul.

Saya rasa forum di TV adalah medium yang terbaik untuk menguraikan kekusutan tetapi saya pun tak faham mengapa susah sangat untuk berbuat demikian. Kita harus memberi peluang kepada pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh mengemukakan hujah masing-masing supaya kepala otak kita dapat berfikir secara rasional...

sekadar itulah sahaja catatan saya pada kali ini....sekian.

Tuesday, April 2, 2013

Pantun Orang Kebanyakan

Dalam keadaan yang relaks ni tetiba rasa cam nak berpantun. Pantun biasa yang mungkin bisa ada faham:

Usah membisu duhai anakku,
Ku asuh engkau perkataan seribu,
Usah keliru duhai kawanku,
Pewaris ilmu sedia menunggu.

Disapa kita masam,
Ditegur kita Marah,
Dipihak kita semua mengancam,
Dipihak lawan semua salah.

Dunia ini hanya pinjaman,
Sampai masa wajib pulangkan,
Menurut perintah engkau enggan,
Tak takutkah engkau pada hukuman.

Hidup ini sentiasa dicemburui,
Usahlah peduli usahlah kisah,
Rentak tari siapa kita turuti,
Kembalilah kita kepada SUNNAH.



Kitalah juara penegak agama,
semua salah semua silap,
Andai betul bagai dikata,
Kenapa tiang engkau ranap.


Usah bermusuh usah membenci,
Muhasabah diri itu yang perlu,
usah berkiblat pada duniawi,
Bersujud kita pada yang SATU.


Saturday, March 30, 2013

Jaga Kesopanan Dalam PRU 13


PRU kali ke 13 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Maka telah kedengaran suara-suara dari pelbagai pihak mencurah-curah muncul  di mana-mana sahaja. Semua secara tiba-tiba telah menjadi penganalisis politik secara tidak sengaja. 

Caci maki telah menjadi adat dalam politik Malaysia. Juga keluarlah “Jelmaan Ustaz” yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang sepatutnya tidak dikeluarkan oleh orang yang bukan daripada kalangan ahlinya.



Tidakkah kita terfikir yang sepatutnya, orang-orang yang terlibat dalam pertandingan dalam PRU ini lebih menonjolkan kekuatan diri dan pasukan daripada memburuk-burukkan pasukan yang satu lagi. 

Dari dulu lagi memang tradisi pihak yang bertanding di dalam PRU lebih suka kepada menceritakan keburukan pihak yang satu lagi. Maka terhasilah dalam diri perasaan membenci yang membuak-buak. Perasaan negetif ini sepatutnya tidak ditanam dalam diri rakyat Malaysia.



Bila perasaan membenci membesar dan hidup subur dalam diri, bagaimana mungkin kita boleh hidup dalam suasana yang harmoni kerana dalam diri penuh dengan perasaan benci, hasad dengki dan pelbagai perkara negetif lain yang akan muncul lain hasil dari benda negetif yang ditarik sama ke dalam diri.


Tidakkah Rasulullah s.a.w telah mengajar kita supaya hidup dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang? Sebagai seorang muslim yang sememangnya amat sayang kepada Rasulullah kita patut mencontohi Rasulullah .

kalau tidak mampu sepenuhnya setidak-tidaknya sebahagian darinya. Dengan keperibadian Rasulullah s.a.w yang amat tinggi lihat sajalah bagaimana islam telah berkembang ke serata dunia. Maka tak perlulah kita mencaci maki manusia lain atas satu perkara yang kita tidak tahu kesahihannya.




Tulisan ini hanyalah catatan peribadi penulis. Marilah kita memohon keampunan daripada Allah kerana kita sememangnya insan yang sangat lemah…sekian, terima kasih.

Monday, March 18, 2013

7 Cara Untuk Menarik Wang - part 1

Saya nak kongsikan hasil pembacaan saya dari buku tulisan Dr Joe Vitale:

Tujuh Langkah Untuk Menarik Wang

1. Mengubah cara anda berfikir
Kita kena ubah cara pemikiran kita tentang. Rata-rata kita berpendapat wang adalha punca kepada segala kejahatan yang berlaku diatas mukabumi ini. Dengan pemikiran tersebut wang agak sukar untuk mendekati kita. Wang adalah sejenis tenaga yang perlu kita dekati.

Berfikiran positif tentang wang seperti, jika kita mempunyai banyak wang kita boleh membayar zakat, menderma dan menolong orang-orang yang sedang mengalami kesempitan hidup disebabkan oleh kekurangan wang.

Kita harus mempunyai fikiran seperti peniaga, pedagang dan orang kaya yang lan sebelum kita boleh capai sesuatu impian.



2. Memberi Tanpa Mengharap Balasan.

Anda perlu mempunyai perasaan memberi/menderma tanpa mengharapkan sesuatu balasan. Bila kita menolong dan sebagainya janganlah kita mengharap akan mendapat sesuatu balasan (The Power of Giving). Pemberian yang paling tinggi adalah memberi sepenuh jiwa raga kita kepada yang MAHA pencipta Allah swt tanpa kita mengharapkan akan mendapat sesuatu. Percayalah lagi banyak kita memberi lagi banyak yang akan kita dapat

Kita pernah mendengar yang Rasullullah pernah bersabda yang tidak akan papa kedana orang yang memberi sedekah. Jadi banyakkanlah sedekah. Pemberian ini ada banyak cara, contoh kita memberi wang, mengajar ilmu, memberi makan dan banyak cara lagi untuk memberi.

Sebab itulah kita tengok orang yang kaya-raya, mereka sentiasa bersedekah dan ingatkah kita satu cerita dahulu di Cheras, saya lupa akan tarikhnnya, ada seorang lelaki berbangsa cina telah menabur wang di jalan raya hingga menyebabkan lalulintas sesak teruk. Bila ditanya kenapa beliau berbuat demikian, beliau menjawab yang beliau akan mendapat lagi banyak wang selepas itu...



3. Berbelanja untuk keinginan
Berbelanjalah mengikut apa yang ada kehendaki. Jangan ditahan-tahan kemahuan atau dengan perkataan lain jangan kedekut untuk berbelanja kelak wang juga tidak ingin mendekati anda.

sekira anda mempunyai perkara yang ada ingin beli senaraikan ia. kemuadian pilih dari senarai anda item yang mampu anda beli tanpa perlu membuat pinjaman atau mengunakan kad kredit. teruskan membeli dan anda akan dapati yang wang anda akan datang kembali kepada anda. pernahkan anda bercakap dengan rakan, "pelik betul, aku belanja ke tak belanja ke wang tetap mengalir keluar".

Kita sendiri pernah alami yang wang kita tetap mengalir keluar walapun kita berbelanja membeli barangan yang kita hendaki ataupun tidak. Jadi berbelanjalah jika anda mampu untuk kebahagian anda.

4. Minta Pertolongan
Setiasa minta pertolongan apabila diperlukan. Pertolongan ada banyak perkara seperti meminta pertolongan sesorang mengajar kita tetang sesuatu. Kita biasa mendengar orang tua-tua berkata "Malu bertanya sesat jalan".

Setiasalah minta pertolongan agar minda kita sentiasa memperolehi ilmu yang baru dan minda kita bole menjadi magnet kepada wang.

Minta pertolongan yang paling tinggi adalah memohon pertolongan daripada ALLAH swt. sentiasa berdoa kepada ALLAH, mohon kepada ALLAh nescaya kita akan menjadi magnet kepada wang

............bersambung...........