Tuesday, April 2, 2013

Pantun Orang Kebanyakan

Dalam keadaan yang relaks ni tetiba rasa cam nak berpantun. Pantun biasa yang mungkin bisa ada faham:

Usah membisu duhai anakku,
Ku asuh engkau perkataan seribu,
Usah keliru duhai kawanku,
Pewaris ilmu sedia menunggu.

Disapa kita masam,
Ditegur kita Marah,
Dipihak kita semua mengancam,
Dipihak lawan semua salah.

Dunia ini hanya pinjaman,
Sampai masa wajib pulangkan,
Menurut perintah engkau enggan,
Tak takutkah engkau pada hukuman.

Hidup ini sentiasa dicemburui,
Usahlah peduli usahlah kisah,
Rentak tari siapa kita turuti,
Kembalilah kita kepada SUNNAH.



Kitalah juara penegak agama,
semua salah semua silap,
Andai betul bagai dikata,
Kenapa tiang engkau ranap.


Usah bermusuh usah membenci,
Muhasabah diri itu yang perlu,
usah berkiblat pada duniawi,
Bersujud kita pada yang SATU.


Saturday, March 30, 2013

Jaga Kesopanan Dalam PRU 13


PRU kali ke 13 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Maka telah kedengaran suara-suara dari pelbagai pihak mencurah-curah muncul  di mana-mana sahaja. Semua secara tiba-tiba telah menjadi penganalisis politik secara tidak sengaja. 

Caci maki telah menjadi adat dalam politik Malaysia. Juga keluarlah “Jelmaan Ustaz” yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang sepatutnya tidak dikeluarkan oleh orang yang bukan daripada kalangan ahlinya.



Tidakkah kita terfikir yang sepatutnya, orang-orang yang terlibat dalam pertandingan dalam PRU ini lebih menonjolkan kekuatan diri dan pasukan daripada memburuk-burukkan pasukan yang satu lagi. 

Dari dulu lagi memang tradisi pihak yang bertanding di dalam PRU lebih suka kepada menceritakan keburukan pihak yang satu lagi. Maka terhasilah dalam diri perasaan membenci yang membuak-buak. Perasaan negetif ini sepatutnya tidak ditanam dalam diri rakyat Malaysia.



Bila perasaan membenci membesar dan hidup subur dalam diri, bagaimana mungkin kita boleh hidup dalam suasana yang harmoni kerana dalam diri penuh dengan perasaan benci, hasad dengki dan pelbagai perkara negetif lain yang akan muncul lain hasil dari benda negetif yang ditarik sama ke dalam diri.


Tidakkah Rasulullah s.a.w telah mengajar kita supaya hidup dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang? Sebagai seorang muslim yang sememangnya amat sayang kepada Rasulullah kita patut mencontohi Rasulullah .

kalau tidak mampu sepenuhnya setidak-tidaknya sebahagian darinya. Dengan keperibadian Rasulullah s.a.w yang amat tinggi lihat sajalah bagaimana islam telah berkembang ke serata dunia. Maka tak perlulah kita mencaci maki manusia lain atas satu perkara yang kita tidak tahu kesahihannya.




Tulisan ini hanyalah catatan peribadi penulis. Marilah kita memohon keampunan daripada Allah kerana kita sememangnya insan yang sangat lemah…sekian, terima kasih.

Monday, March 18, 2013

7 Cara Untuk Menarik Wang - part 1

Saya nak kongsikan hasil pembacaan saya dari buku tulisan Dr Joe Vitale:

Tujuh Langkah Untuk Menarik Wang

1. Mengubah cara anda berfikir
Kita kena ubah cara pemikiran kita tentang. Rata-rata kita berpendapat wang adalha punca kepada segala kejahatan yang berlaku diatas mukabumi ini. Dengan pemikiran tersebut wang agak sukar untuk mendekati kita. Wang adalah sejenis tenaga yang perlu kita dekati.

Berfikiran positif tentang wang seperti, jika kita mempunyai banyak wang kita boleh membayar zakat, menderma dan menolong orang-orang yang sedang mengalami kesempitan hidup disebabkan oleh kekurangan wang.

Kita harus mempunyai fikiran seperti peniaga, pedagang dan orang kaya yang lan sebelum kita boleh capai sesuatu impian.



2. Memberi Tanpa Mengharap Balasan.

Anda perlu mempunyai perasaan memberi/menderma tanpa mengharapkan sesuatu balasan. Bila kita menolong dan sebagainya janganlah kita mengharap akan mendapat sesuatu balasan (The Power of Giving). Pemberian yang paling tinggi adalah memberi sepenuh jiwa raga kita kepada yang MAHA pencipta Allah swt tanpa kita mengharapkan akan mendapat sesuatu. Percayalah lagi banyak kita memberi lagi banyak yang akan kita dapat

Kita pernah mendengar yang Rasullullah pernah bersabda yang tidak akan papa kedana orang yang memberi sedekah. Jadi banyakkanlah sedekah. Pemberian ini ada banyak cara, contoh kita memberi wang, mengajar ilmu, memberi makan dan banyak cara lagi untuk memberi.

Sebab itulah kita tengok orang yang kaya-raya, mereka sentiasa bersedekah dan ingatkah kita satu cerita dahulu di Cheras, saya lupa akan tarikhnnya, ada seorang lelaki berbangsa cina telah menabur wang di jalan raya hingga menyebabkan lalulintas sesak teruk. Bila ditanya kenapa beliau berbuat demikian, beliau menjawab yang beliau akan mendapat lagi banyak wang selepas itu...



3. Berbelanja untuk keinginan
Berbelanjalah mengikut apa yang ada kehendaki. Jangan ditahan-tahan kemahuan atau dengan perkataan lain jangan kedekut untuk berbelanja kelak wang juga tidak ingin mendekati anda.

sekira anda mempunyai perkara yang ada ingin beli senaraikan ia. kemuadian pilih dari senarai anda item yang mampu anda beli tanpa perlu membuat pinjaman atau mengunakan kad kredit. teruskan membeli dan anda akan dapati yang wang anda akan datang kembali kepada anda. pernahkan anda bercakap dengan rakan, "pelik betul, aku belanja ke tak belanja ke wang tetap mengalir keluar".

Kita sendiri pernah alami yang wang kita tetap mengalir keluar walapun kita berbelanja membeli barangan yang kita hendaki ataupun tidak. Jadi berbelanjalah jika anda mampu untuk kebahagian anda.

4. Minta Pertolongan
Setiasa minta pertolongan apabila diperlukan. Pertolongan ada banyak perkara seperti meminta pertolongan sesorang mengajar kita tetang sesuatu. Kita biasa mendengar orang tua-tua berkata "Malu bertanya sesat jalan".

Setiasalah minta pertolongan agar minda kita sentiasa memperolehi ilmu yang baru dan minda kita bole menjadi magnet kepada wang.

Minta pertolongan yang paling tinggi adalah memohon pertolongan daripada ALLAH swt. sentiasa berdoa kepada ALLAH, mohon kepada ALLAh nescaya kita akan menjadi magnet kepada wang

............bersambung...........

Thursday, March 14, 2013

TEKNOLOGI SIAPAKAH YANG PALING HEBAT?

Kita selalu berbangga dengan teknologi tertentu yang kita kata hebat. Kebiasaanya, untuk mengangkat sesuatu yang berat kita akan menggunakan kren. Kren yang besar yang pernah tahu iailah Gantry Crane 2.0 yang senang-senang boleh mengangkat beban seberat 20 Tan Metric.

Terletak di Ulsan

Pernahkah kita dengar tentang kisah Nabi Sulaiman a.s?
Nabi Sulaiman a.s telah bertanya kepada pasukan jin, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan takhta kerajaan Ratu Balqis sebelum sempat baginda berdiri dari tempat duduk baginda. Maka meyahutlah Ifrit (satu bangsa jin yang paling cerdik), "Tuanku, hamba sanggup membawa takhta itu dari istana Ratu Balqis sebelum paduka baginda sempat berdiri dari tempat duduk paduka. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai."

Bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman a.s memerintahkan rakyat untuk mengubahsuai bentuk dan warna takhta Ratu yang berada di depannya. Sejurus Ratu Balqis dan pengiring-pengiringnya sampai, bertanyalah Nabi Sulaiman a.s seraya menunjuk kearah takhtnya:

"Serupa inikah takhtamu wahai Balqis?" . Ratu Balqis menjawab, "seakan ini takhtaku sendiri." sambil bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin takhtanya ada di sini. padahal dia betul-betul yakin yang itu adalah takhta (singgahsana) ketika dia bertolak keluar dari Saba'.

Dalam keadaan fikiran kacau bilau dan dalam kehairanan sambil berjalan Ratu Balqis telah menyingkap pakaiannya ke atas beti kerana menyangka lantai yang dipijaknya adalah air, padahal lantai dan dinding istana diperbuat dari kaca putih.

Melihat keadan itu Nabi Sulaiman a.s berkata, " Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang kau lihat adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini." mengikut pendapat ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, Nabi Sulaiman a.s berkahwin dengan Ratu Balqis dan lahirlah seorang putera.

Jadi sebenarnya....Teknologi siapakah yang paling hebat? sekadar renungan dan ingatlah ilmu kita sangatlah sedikit berbanding dengan ilmu ALLAH jadi janganlah kita nak menyombong diri...Wassaalamu'alaikum.

Friday, March 8, 2013

Isu Lahad Datu Menduduki Carta Pertama...

Tidak dinafikan isu Lahad Datu begitu hangat dan rata-rata penduduk malaysia akan berbicara mengenainya. Pergi saja ke kedai-kedai Kopi atau ke mana sahaja, anda akan dapati kebanyakkannya bercakap mengenai Lahad Datu.

Ada yang begitu emosional bila berbicara dan tak kurang juga yang bercakap soal strategi perang seolah-olah merekalah Panglima Angkatan tentera sekarang.. Ada yang salahkan pihak polis dan ada  juga yang berpendapat yang isu Lahad Datu adalah sandiwara poitik.


Saya tak nak ambil tahu itu semua, yang saya tau orang Malaysia begitu prihatin dengan isu keselamtan negara dan kejadiaan yang berlaku sekarang sebenarnya ada hikmahnya. Ialah bayangkan, orang yang kita tak pernah kita kenal sebelum ini boleh menyapa kita dan berbual mengenai Lahad Datu. Pemandu-pemandu  Teksi begitu bersemangat bercerita dengan pelanggan mereka dan ada yang menyatakan keingininan untuk bersama-sama berjuang di Lahad Datu. Penjual di kaki lima begitu hebat berbicara seolah-olah kitalah penceroboh yang menceroboh Sabah....

Yang kadang-kadang menyakitkan hati. di pihak sebelah sana dengan angkuh berkata "kami tak akan menyerah" walhal, yang hampir dengan kematian adalah pengikutnya. beliau bersenang lenang ditempat lain. kemudian berbunyi balik " kami mahu gencatan senjata" dan sekarang "bertukar tahanan perang". Pada pendapat saya, bunyinya tu seperti orang yang tidak boleh berpegang pada janji ..Allahuallam....

Apapun alasannya, perkara pertama yang tak patut dibuat oleh seorang yang mengaku Muslim adalah menyerang saudara seagamaya....membunuh seperti menghalalkan pertupahan darah memang sangat tak patut dilakukan. Benarlah kata seorang penulis (saya lupa namanya) yang pemerintah tut..(tak sanggup nak sebut namapun hahahah) sentiasa melakukan kesilapan dan kesilap sejak dari dulu lagi..sebab tu lah pemerintah ini memerintah kerajaan yang bukan miliknya...Allahuallam...


Marilah bersama kita bersolat hajat berdoa agar keamanan terus menerus milik Malaysia dan pejuang-pejuang yang gugur syahid terus dikenang....semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita semua...sekian...Terima Kasih dari saya yang sekadar membuat catatan ringkas...